Wednesday, January 16, 2013

Gaya Tudung Ikatan Selendang


VERSATIL... gaya ringkas dan mudah sama ada ke majlis makan malam atau menghadiri acara kasual.

KINI, terdapat pelbagai jenis gaya ikatan selendang yang menjadi ikutan ramai. Jika dulu gaya Hana Tajima menjadi ikutan, kini wanita terutama remaja boleh mempelbagaikan gaya ikatan mengikut kesesuaian serta keselesaan masing-masing.

Dengan pelbagau jenis selendang di pasaran daripada fabrik, corak dan warna berbeza, penampilan wanita menjadi lebih anggun dan versatil mengikut cara serta teknik ikatan masing-masing.

BEGINI…letakkan selendang di kepala dengan sebelah kanan lebih pendek daripada kiri.

PIN…sematkan pin selendang pada bahagian bawah dan tinggalkan lebih kurang satu pertiga daripada panjang selendang.

MASUK…ambil bahagian yang sudah dipin kemudian sarungkan ke kepala menjadi seperti ini.

KANAN…ambil hujung selendang bahagian kanan kemudian pinkan ke sebelah kiri.

LUAR…pinkan sekali lagi pada bahagian kiri untuk lebih kemas.

HUJUNG…pegang bahagian hujung selendang bahagian kiri.

KEMAS…masukkan lebihan selendang bahagian kiri tadi ke dalam baju. Kemaskan.

Apa yang penting, setiap gaya ditampilkan harus bersesuian dengan padanan busana serta majlis yang dihadiri. Mungkin untuk acara harian, anda boleh mengenakan ikatan sederhana dan tidak terlalu 'meriah' corak dan warna manakala jika mahu menghadiri majlis makan malam, mungkin anda boleh memilih gaya ikatan eksklusif dengan selendang dua warna.

Pemilik butik Allya Mysara Couture, Ahmad Yusri Ismail, 30, dan Wan Iskandar Zulkarnian Wan Ismail, 26, mangakui gemar melihat wanita berpakaian cantik manyebabkan dia bukan saja menghasilkan rekaan selendang, malah mencipta pelbagai gaya ikatan yang bukan saja sesuai untuk remaja malah boleh digayakan wanita pertengahan usia.

Antara yang menjadi pilihan ialah gaya Hana Tajima menggunakan selendang Allya Mysara yang diubah suai menjadi lebih kemas, ringkas dan mudah disiapkan.

"Sebenarnya wanita akan lebih anggun apabila berselendang. Namun, kebanyakan wanita berasa leceh atau sukar mengikat selendang kerana merasakan memakan masa yang lama.

"Apatah lagi bagi wanita berkerjaya yang terpaksa bersiap awal ke tempat kerja. Sebenernya teknik ikatan selendang tidak sesukar mana. Sekiranya wanita sudah memahami dan biasa melakukannya, dalam masa lima minit saja sudah dapat disiapkan," katanya yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Selain itu, wanita perlu bijak memilih jenis kain, corak dan warna supaya sepadan baju. Elakkan memilih fabrik yang sukar dipakai kerana ia mudah jatuh apabila tidak disematkan pin dan tidak terurus apabila dipakai seharian.

Fabrik sifon dan satin adalah yang teraik kerana mudah digayakan dan tampak menawan. Untuk pembaca Harian Metro, Iskandar menunjukkan salah satu teknik ikatan yang mudah dan ringkas serta boleh digayakan sesiapa saja.


(Sumber Dipetik dari 2dayblogger)

No comments:

Post a Comment