Tuesday, January 22, 2013

Cara pakai tudung Aidijuma 205

Hanya sehelai tudung tanpa inner, boleh ikut cara di bawah ye bagi yang berminat nak pakai macam Datin ni.



1. Pilih panel warna. "broochkan" di belakang
Bawa tudung ke depan & kemaskan dan akan ditarik ke atas, nampak macam pakai inner.

2. Setelah kemaskan tarik hujung bawal untuk dililit atas kepala.

3. Tarik dan lilit atas kepala, guna pin peniti satu pun ok, sebab kain voille atau bawal tak licin.

4. Kemaskan depan, hanya sehelai bawal. Tak pakai inner, mainan warna sahaja.


(Sumber Dipetik dari Jendela Hidup)

Monday, January 21, 2013

Cara Pemakaian Shawl Gypsi Gaya



1. Pin kan selendang ke dagu. Pastikan sebelah kanan selendang lebih panjang dari sebelah kiri selendang.
2. Tarik selendang di sebelah kiri ke sebelah kanan, dan kemudiankan sematkan dengan kerongsang.
3. Sama seperti di 2, tarik selendang di sebelah kanan ke sebelah kiri, dan kemudian sematkan dengan kerongsang.
4. Bawa sebelah kanan selendang yang panjang liliti ke belakang, dan biarkan longgar hingga membentuk depan ala 'tudung siti'
5. Sematkan kerongsang supaya lebih kemas.
6. Dah siap ?


(Sumber Dipetik dari Cik Wawa)

Shawl Qaireen Qaisara



1. Pin kan shawl sebelah kiri lebih panjang dari sebelah kanan.
2. Lilit shawl sebelah kiri yang lebih panjang tadi ke belakang.
3. Pin kan ke dagu.
4. lipat dan kemaskan sebelah kanan shawl dan tarik sikit ke tgh.
5. sematkan brooch hiasan seperti dalam gambar.
6. done..simple tapi cantik ?


(Sumber Dipetik dari Cik Wawa)

Thursday, January 17, 2013

Tutorial Crossed Shawl

Letakkan shawl secara terbalik (ikut sebelah dalam) di atas bahu anda, seperti dalam gambar. Macam biasa sebelah panjang, sebelah lagi pendek. 

Tarik yang sebelah pendek, letakkan atas kepala (rujuk gambar). Buat macam bersilang.

Tarik dan Kemaskan.

Kemudian pin guna jarum peniti di bahagian hujung (kedudukan jari scha).

Tarik sebelah yang panjang pula, letakkan di atas kepala seperti yang tadi.

Kemudian pin guna jarum peniti di bahagian hujung (kedudukan jari scha).

Setelah dikemaskan (mengikut keselesaan), bawa lebihan yang panjang (dari belakang) ke bahagian bertentangan. Kemudian pin guna jarum peniti@ brooch di atas kepala. (Rujuk gambar).

Siap! Senang kan?


(Inspired by Elya Shazleen Mohamed, Sumber Dipetik dari Anggun Zara)

Wednesday, January 16, 2013

Gaya Tudung Ikatan Selendang


VERSATIL... gaya ringkas dan mudah sama ada ke majlis makan malam atau menghadiri acara kasual.

KINI, terdapat pelbagai jenis gaya ikatan selendang yang menjadi ikutan ramai. Jika dulu gaya Hana Tajima menjadi ikutan, kini wanita terutama remaja boleh mempelbagaikan gaya ikatan mengikut kesesuaian serta keselesaan masing-masing.

Dengan pelbagau jenis selendang di pasaran daripada fabrik, corak dan warna berbeza, penampilan wanita menjadi lebih anggun dan versatil mengikut cara serta teknik ikatan masing-masing.

BEGINI…letakkan selendang di kepala dengan sebelah kanan lebih pendek daripada kiri.

PIN…sematkan pin selendang pada bahagian bawah dan tinggalkan lebih kurang satu pertiga daripada panjang selendang.

MASUK…ambil bahagian yang sudah dipin kemudian sarungkan ke kepala menjadi seperti ini.

KANAN…ambil hujung selendang bahagian kanan kemudian pinkan ke sebelah kiri.

LUAR…pinkan sekali lagi pada bahagian kiri untuk lebih kemas.

HUJUNG…pegang bahagian hujung selendang bahagian kiri.

KEMAS…masukkan lebihan selendang bahagian kiri tadi ke dalam baju. Kemaskan.

Apa yang penting, setiap gaya ditampilkan harus bersesuian dengan padanan busana serta majlis yang dihadiri. Mungkin untuk acara harian, anda boleh mengenakan ikatan sederhana dan tidak terlalu 'meriah' corak dan warna manakala jika mahu menghadiri majlis makan malam, mungkin anda boleh memilih gaya ikatan eksklusif dengan selendang dua warna.

Pemilik butik Allya Mysara Couture, Ahmad Yusri Ismail, 30, dan Wan Iskandar Zulkarnian Wan Ismail, 26, mangakui gemar melihat wanita berpakaian cantik manyebabkan dia bukan saja menghasilkan rekaan selendang, malah mencipta pelbagai gaya ikatan yang bukan saja sesuai untuk remaja malah boleh digayakan wanita pertengahan usia.

Antara yang menjadi pilihan ialah gaya Hana Tajima menggunakan selendang Allya Mysara yang diubah suai menjadi lebih kemas, ringkas dan mudah disiapkan.

"Sebenarnya wanita akan lebih anggun apabila berselendang. Namun, kebanyakan wanita berasa leceh atau sukar mengikat selendang kerana merasakan memakan masa yang lama.

"Apatah lagi bagi wanita berkerjaya yang terpaksa bersiap awal ke tempat kerja. Sebenernya teknik ikatan selendang tidak sesukar mana. Sekiranya wanita sudah memahami dan biasa melakukannya, dalam masa lima minit saja sudah dapat disiapkan," katanya yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Selain itu, wanita perlu bijak memilih jenis kain, corak dan warna supaya sepadan baju. Elakkan memilih fabrik yang sukar dipakai kerana ia mudah jatuh apabila tidak disematkan pin dan tidak terurus apabila dipakai seharian.

Fabrik sifon dan satin adalah yang teraik kerana mudah digayakan dan tampak menawan. Untuk pembaca Harian Metro, Iskandar menunjukkan salah satu teknik ikatan yang mudah dan ringkas serta boleh digayakan sesiapa saja.


(Sumber Dipetik dari 2dayblogger)

Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini


Biarpun blog ini adalah blog kelakian, saya tidak kekok juga untuk kongsikan. Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini, tidak kira lah cara oakai tudung bawal najwa latif ataupun gaya pakai artis lain.

Kali ini ada 7 langkah mudah pakai tudung bawal. Bagi golongan hawa, anda mesti tidak mahu lepaskan peluang untuk cuba cara memakai tudung bawal terkini. Fesyen Tudung Bawal ini snagat menarik dan sesuai untuk mana mana majlis.

7 langkah mudah pakai tudung bawal

LIPAT…bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga.

SAMA…pastikan hujung tudung sama panjang.

KANAN…bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan.

RINGKAS…kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal.

SIAP…ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya.

KEMAS…hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala.

KIRI…ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri.

Oh ya, post entri saya mengenai Gaya Pemakaian Tudung Bawal ini bukan lah menyokong seratus peratus mengenai hukum memakai tudung bawal bagi wanita. Saya tidak menyatakan saya menyokong kerana jika kita sedar "Fesyen Tudung Bawal" ini sebenarnya mendedahkan aurat wanita di bahagian dada.

Tetapi untuk post kali ini, saya hanya sekadar ingin mencuba kuasa SEO untuk keyword Gaya Pemakaian Tudung Bawal Terkini dengan 7 Langkah mudah pakai Tudung Bawal terbaru!


(Sumber Dipetik dari hmetro dan muazfaris)